Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Sedar ataupun tidak, kita sudah berada di minggu yang ke-12 untuk semester kali ini. Kuliah SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia berjalan seperti biasa dengan menampilkan dua tajuk pembentangan terakhir iaitu Opera Cina dan Poh Te Hi, dan Muzik Sabah dan Sarawak.
Opera Cina dan Poh Te Hi
Slot ini diambil alih oleh saudara Ammirulah, Wan Suhaizi, Tengku Nasrul, dan Mohd Nazri. Pembentangan dibuka dengan kupasan sejarah opera cina dan poh te hi itu sendiri. menurut penjelasan yang saya peroleh, dikatakan bahawa opera cina berasal daripada negara Cina dan wujud di Tanah Melayu apabila imigran atau buruh cina dibawa masuk oleh British untuk bekerja di lombong-lombong. Dengan berlakunya migrasi tersebut, maka secara tidak langsung budaya dari Cina dibawa masuk oleh imigrian ke Tanah Melayu.
Pembentang juga mengupas tentang kostum dalam seni persembahan opera cina. Secara peribadi, saya tertarik dengan kostum dalam opera cina di mana membawa watak yang berbeza mengikut warna. Contohnya, topeng yang berwarna merah melambangkan kemarahan, warna hitam pula melambangkan kejahatan, dan banyak lagi.
Dalam konteks Malaysia pula, persembahan opera cina ini terbahagi kepada golongan yang professional dan amatur. Kedua-dua jenis persembahan tersebut mempunyai ciri-ciri yang tertentu contohnya dari segi budget untuk melaksanakan sesuatu persembahan, iaitu professional memakan belanja yang tinggi berbanding amatur tadi. Tema persembahan juga lebih menjurus kepada unsur peperangan dan sebagainya. Contohnya, kisah Puteri Hang Li Poh yang datang ke Melaka.
Peralatan yang digunakan dalam seni persembahan opera cina pula lebih kepada alat muzik bertali. Contohnya, erhu, pipa, gaohu, banhu, dan sebagainya. Gendang cina turut memainkan peranan dalam muzik opera cina. Antara alat perkusi yang digunakakn termasuklah pigu, dagu (tambur besar), chazi (simbal, cengceng), Luo (gong), dan Muyu (kecrek yang diperbuat daripada kayu). Kerja lapangan yang dibuat oleh kumpulan ini adalah menarik dengan fakta-fakta yang jelas daripada pihak yang telah ditemu bual.
Pementangan diteruskan dengan Po Te Hi. Po Te Hi merupakan salah satu seni persembahan yang menggunakan kemahiran pemain itu sendiri. Ia menggunakan kelima-lima jari untuk menggerakkan patung kecil yang akan dimasukkan ke dalam jari. Bagi saya, Po Te Hi merupakan satu seni yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Patung yang digerakkan akan mengikut rentak muzik yang dimainkan. Kemahiran tersebut bukanlah senang dan memerlukan teknik yang perlu dikuasai oleh pemain itu sendiri.
Secara keseluruhannya, pembentangan adalah menarik dan dapat difahami oleh audiens. Walau bagaimana pun, terdapat kelemahan dari segi penggunaan bahasa oleh pembentang. Sesi soal jawab, pembembentang kerap kali menggunakan loghat di luar konteks bahasa formal yang seharusnya digunakan. Perkara tersebut boleh dijadikan iktibar dan akan diperbaiki pada masa akan datang. Syabas dan tahniah untuk kumpulan ini. Sekian.
Muzik Sabah dan Sarawak
Slot ini diambil alih oleh saudari Bismi, Haslina Rifhan, Noratiqah, dan saudari Norasilalatin. Secara keseluruhannya, fakta yang dibentangkan kurang jelas dan fakta yang kurang. Penjelasan tentang alat muzik dan jenis muzik Sabah dan Sarawak tidak begitu terperinci oleh pembentang.Soalan yang dikemukakan oleh audiens juga tidak dapat dijawab dengan jelas. Sekiranya bahan yang cukup, banyak sebenarnya yang kita boleh perkatakan tentang muzik Sabah dan Sarawak.
Walau bagaimana pun, pembentang telah menyentuh serba sedikit tentang jenis-jenis tarian oleh masyarakat yang pelbagai di Sabah. Antaranya termasuklah Sumzau, Sumayau, Magunatip, Daling-daling, dan banyak lagi. Pembahagian tarian tersebut adalah berbeza mengikut kaum masing dan juga dipersembahan untuk tujuan serta majlis tertentu.
Antara alat muzik Sabah yang popular ialah, Sompoton. Ia diiperbuat daripada labu air yang telah dikeringkan. Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan kebahagian buah labu tersebut dengan menebuk. Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang-batang buluh tersebut juga untuk menahan angin dari keluar melalui celah-celah buluh apabila tiupan dilakukan. Salah satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat tersebut. Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.
Muzik Sarawak juga lebih kepada tarian. Pembentang tidak mengulas lebih lanjut tentang muzik Sarawak. Namun, apa yang saya sudah sedia maklum, muzik tradisional Sarawak terkenal dengan satu alat muzik yakni Sape. Ia merupakan alat muzik bertali yang menghasilkan bunyi melalui petikan pada tali tersebut. Sape adalah sejenis gitar tradisional masyarakat Orang Ulu atau penduduk hulu sungai di Sarawak. Alat muzik ini, yang dihias indah dengan pelbagai corak ukiran yang berwarna warni, diperbuat daripada sebatang kayu yang ditebuk. Alat muzik ini, yang dahulunya dimainkan seorang diri sebagai hiburan, kini telah menjadi sebuah alat muzik sosial. Lazimnya, sape dimainkan mengikut tema yang berbeza bagi mengiringi tarian seperti Ngajat dan Datun Julud.Sedikit fakta yang saya peroleh menerusi pembentangan ini. Walau bagaimana pun, pembentangan tersebut masih boleh diperbaiki untuk masa akan datang.
Tahniah dan Sekian.
Teruskan Membaca...