Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Sesi kuliah untuk minggu yang ke-11 diteruskan dengan pembentangan tajuk Ghazal oleh Norzakiah Binti Mohd Zain, Siti Rohaya Binti Zakaria, dan Azamwati A.Rahim. Pembentangan kali ini merupakan yang kali kedua untuk kumpulan Ghazal dan ternyata berbeza berbanding pembentangan pertama. Huraian sejarah muzik Ghazal nampak lebih jelas dan difahami oleh audiens. Secara umumnya, Ghazal diterjemahkan sebagai satu nyanyian puisi yang bertemakan cinta dan berasal dari Timur Tengah khasnya Parsi sebelum kemunculan agama Iislam. Dalam bahasa Turki, Ghazal diambil daripada perkataan Gazel yang merupakan puisi yang bersangkut paut dengan puisi kasih sayang. Dalam bahasa Arab pula, Ghazal membawa maksud 'berbicara dengan wanita', perkataan Ghazal juga dipanggil 'Gamat' yang bermaksud riuh atau rancak muzik. Muzik ini dibawa ke utara India dan mendapat sambutan di Istana Moghul. Muzik tersebut seterusnya dibawa ke Asia Tenggara dan dijadikan sebagai muzik Istana di Istana Rhiu Lingga dan kemudiannya di Istana Johor. Pada Thaun 1920, muzik ini dipindahkan menjadi muzik rakyat dan tersebar luas penggunaannya dalan interlude bangsawan.
Muzik Ghazal dapat dipecahkan kepada dua iaitu, Ghazal Melayu Johor dan Ghazal Parti di negeri Kedah. Pembentang juga menyentuh tentang struktur dalam nyanyian Ghazal yang dapat dibahagikan kepada Masuk Lagu, Patah Lagu, dan Mengalun Lagu. Ketiga-tiga bahagian tersebut adalah penting untuk pembawaan lagu dalam ensamble Ghazal. Antara alat muzik yang dimainkan dalam ensamble Ghazal termasuklah peti harmonium, tabela/table, biola/violin, gambus, gitar, tamborin, dan marakas. Secara keseluruhannya, pembentangan adalah menarik dan jelas. Kupasan setiap fakta dapat disampaikan oleh pembentang. Soalan yang diajukan juga menguji namun dapat dijawab oleh ketiga-tiga pembentang.
Di akhir sesi pembentangan, kami dikejutkan dengan lawatan sambil belajar oleh pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan Malim, Melaka. Lawatan tersebut menguji para pembentang dengan beberapa soalan daripada pelajar sekolah dan guru-guru pengiring. Walau bagaimana pun, situasi adalah terkawal dan soalan yang diajukan oleh pelawat dapat dijawab dengan tenang berbekalkan persediaan dan fakta yang sudah dijelaskan sebentar tadi. Syabas dan tahniah bagi kumpulan ini. Sekian.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
2 comments:
Is your Blockchain account secure? Hacking attempts are always at top and in order to get out of it and secure the account, you can always have conversation with the team members who are always there to handle all your troubles. You need to call them on Blockchain customer service number which is always functional and the team is ready to assist you at every step. You can always have conversation with the team members who are always Blockchain Customer Service Number there to handle all troubles in nick of time. You can always reach the team whenever you are in trouble and get plenty of remedies from the team.
Are you having problem in disabling the Binance exchange and you are unable to handle the error? If you are surrounded by such error and looking for guidance to deal with them once for all, you can always connect with the team anytime via calling on Binance customer care number to avail the perfect remedies that Binance Customer Service Number would be easy to execute. You can always have conversation with the team anytime in availing the results that are easy to execute. You can always talk to the team anytime for availing results.
Post a Comment