Friday, August 13, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-5




Kuliah muzik tradisional Malaysia untuk minggu ke-5 telah membincangkan satu lagi bab yang baharu iaitu Muzik Gamelan dan Caklempong. Bab tersebut sememangnya menarik untuk dipelajari iaitu salah satu muzik tradisional yang sudah lama wujud di Malaysia.

Pertama sekali kita pergi kepada muzik gamelan. Perkataan "gamelan" berasal dari bahasa Jawa (gamel) yang bermaksud ditabuh atau dipukul. Ini kerana alat-alat muzik gamelan perlu ditabuh atau diketuk untuk 

  menghasilkan bunyi. Alat-alat gamelan diperbuat

daripada 
perunggu atau kayu, dan juga daripada besi serta buluh. Alat muzik gamelan mempunyai larasan yang tetap atau dikenali sebagai 'fixed-tuning'. Melihat kepada sudut sejarah, muzik gamelan sudah wujud sejak T.M. 1 lagi. Muzik 

gamelan terbahagi kepada 3 jenis iaitu gamelan Melayu dan gamelan Jawa.

Kesenian gamelan Melayu dipercayai telah tiba di Tanah Melayu dari istana Kesultanan Riau-Lingga sejak kurun ke17 lagi. Dikatakan bahawa sekumpulan penari dan pemuzik bersama instrumen muzik gamelan telah dibawa dari Pulau Penyengat, Riau pada 1811 bagi menyerikan perkahwinan Wan Esha, adinda kepada pemerintahan Pahang, Bendahara Tun Ali (1806-1857) dengan Tengku Hussain, putera sulung kepada sultan Riau-Lingga, Sultan Mahmud Syah 3 (1761-1812). Kesenian tersebut kemudiannya berkembang di istana Pahang dan dikenali sebagai 'Joget Pahang'. Ringkasnya, pengaruh kesenian ini berkembang pula ke Terengganu apabila Joget Pahang dipersembahkan di majlis perkahwinan Tengku Long, puteri Sultan Ahmad dengan Sultan Zainal Abidin 3 (1881-1918) dari Terengganu pada 1885. Walaupun perkahwinan diraja ini tidak bertahan lama, Sultan Zinal Abidin 3 telah tertarik kepada kesenian muzik gamelan dan memeruskan kesenian ini di istana Terengganu dengan meminjam instrumen dan pemuzik dari Riau-Lingga tanpa penari. Perkahwinan Tengku Sulaiman dan Tengku Ampuan Mariam telah memulihkan hubungan yang renggang tadi. Setelah kemangkatanSultan Ahmad pada 1914, tiada pewaris takhta yang berminat memelihara tradisi Joget Pahang. Manakala isteri baginda bersama puternya, Tengku Ampuan Mariam berangkat ke Terengganu dan turut membawa set gamelan miliknya. Disinilah bermulanya perkembangan gamelan di Terengganu. Antara alat-alat yang terdapat dalam gamelan Terenggau termasuklah gendang, kenong/keromong, saron barung, saron peking/penerus, gambang, kenong, dan gong. Gamelan Melayu menggunakan skel pentatonik iaitu "do-re-me-so-la-do".

 

Gamelan Jawa berasal dari Pulau Jawa Tengah yang dibawa oleh orang-orang Jawa ketika penjajahan Eropah. Perkataan 'gamel' bermaksud alat tukul. Bermakna, bunyi terhasil melalui tukulan. Alat muzik gamelan Jawa diperbuat daripada gangsa. Gamelan Jawa dikategorikan sebagai Muzik Bentuk Tarian Utama. Untuk definisi terkini, gamelan Jawa bermaksud orkestra yang didomimasikan oleh alat-alat muzik gangsa. Terdapat pelbagai variasi alat muzik dalam gamelan Jawa, seperti kordofon, erofon, membranofon, dan juga penyanyi perempuan dan lelaki. Kesenian gamelan Jawa juga meliputi tarian, wayang kulit pruwa, dan kuda kepang. Muzik ini biasanya mengiringi majlis perkahwinan dan berkhatan. Antara lain fungsi muzik gamelan Jawa kepada rakyat ialah sebagai permainan rakyat, dan tidak terhad untuk persembahan istana sahaja. Antara alat-alat muzik yang terdapat dalam muzik gamelan Jawa termasuklah gendang (ketipung, jiblon, bem), bonang/keromong, demung, saron barung, saron peking/penerus, gambang, kenong, kempol, gong.


Melihat kepada sistem dalam muzik gamelan, bermula abad ke-19 muzik gamelan mula menggunakan sistem nombor untuk menunjukkan setiap not dalam sesuatu bar lagu yang dimainkan. Sistem ini dikenali sebagai Sistem Kepatihan. Walau bagaimana pun, gamelan lama tidak mementingkan sistem notasi kerana ia dipelajari secara turun temurun. Tekstur dalam muzik gamelan adalah berbentuk polifoni. Ini kerana, terdapat variasi dalam alat muzik gamelan yang akan menghasilkan gabungan bunyi yang pebagai. dalam gamelan Melayu menggunakan skel pentatonik. berbeza dengan gamelan Jawa yang menggunakan skel slendro dan pleog. Apa yang dapat dilihat ialah, kedua-dua jenis gamelan ini mempunyai bentuk muzik yang berulang iaitu setiap frasa diulang dan bergerak dalam bentuk bulatan. Bagi pendapat saya, kedua-dua gamelan Melayu dan gamelan Jawa sebenarnya mempunyai keunikan tersendiri yang kita tidak boleh nafikan. keunikan inilah yang menjadikan muzik gamelan terus menjadi tumpuan di mata dunia dan terus menjadikan muzik ini akan terus berkekalan.                               



Caklempong...

 Dalam Kuliah munggu ke-5, kami juga telah membincangkan satu lagi alat muzik tradisional Malaysia iaitu Caklempong. Secara ringkasnya, muzik caklempong berasal dari Minangkabau dan terdapat di Daerah Lenggeng, Kuala Pilah, dan Jelebu, Negeri Sembilan. Juga dikenali sebagai 'telempong, talempong, dan tak lempong. Alat muzik ini biasanya akan mengiringi nanyian, tarian, dan pencak silat. Tidak kurang juga dalam drama tarian Randai.


Gereteh


Terdiri daripada 15biji bonang yang disusun dalam nada C Major satu oktaf, termaksuk 7 not pilihan.








Tingkah/Sauwa


Terdiri daripada 8biji bonang yang disusun bermula daripada nada E, F, G, A, Bb, C, dan D. Tertumpu kepada pengawalan rentak dan menghasilkan irama mengikut pukulan gendang.
Gendang
   


Bangsi
Kesimpulannya, muzik gamelan merupakan satu alat muzik tradisional yang mempunyai pelbagai keunikan dan nilainya yang tersendiri. Gamelan di abad ke-21 ini telah memperlihatkan pelbagai perubahan yang begitu ketara dari segi gubahan moden dengan lagu-lagu baru. Ini menunjukkan muzik gamelan tidak akan pernah lupus malah terus berkembang dan ke serata dunia. Perkara sama yang berlaku dalam muzik caklempong. Nilai muzik caklempong sememangnya terus menjadi sesuatu yang akan dihargai oleh masyarakat. Saya sebagai pelajar SMP2252 amat kagum dengan kewujudan muzik seperti ini dan akan terus menghargai nilainya iaitu sebagai suatu khazanah dan warisan masyarakat di negara kita.





0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar KumpA

Blog Pelajar KumpB

Blog Pelajar KumpC

SMP2252 JUSTERSAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template