Thursday, September 23, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-9

Selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Kuliah Muzik Tradisional SMP2252 sudah masuk minggu yang ke-9. Seperti biasa, pembentangan kerja kumpulan tetap diteruskan. Kali ini giliran kumpulan dengan tajuk 'Ghazal' dan Opera Cina dan Poh Te Hi.

Kumpulan pertama tadi telah membentangkan tajuk 'Ghazal'. Secara ringkasnya, muzik Ghazal merupakan salah satu muzik tradisional masyarakat Melayu di Johor. Mulanya, seni muzik gazal dikenali sebagai 'qamat' yang bererti nyanyian dan riuh rendah. Ia dikatakan berasal dari Tanah Arab. Antara alat-alat muzik dalam persembahan ghazal termasuklah:


Gambus

Gambus merupakan alat muzik paling penting dalam persembahan ghazal. Cara permainannya adalah berbeza dengan gitar walaupun ia alat muzik bertali.






Tamborine

Tamborine merupakan alat mzik yang mengiringi persembahan ghazal. Ia termasuk dalam kategori perkusi.
    





Duff

Duff akan mengiringi persembahan ghazal. Ia berperanan untuk memainkan ritma lagu.








Harmonium

Harmonium berfungsi sebagai muzik iringan yang berfungsi sebagai memainkan melodi lagu dalam persembahan ghazal.







Mandolin

Mandolin merupakan salah satu alat muzik iringan dalam seni persembahan ghazal. Penting dalam iringan kord dan melodi.







Gitar


Gitar juga merupakan salah satu muzik iringan dalam persembahan ghazal. Berfungsi untuk memainkan kord.




Bongo



Bongo berfungsi untuk menentukan beat atau tempo.






Persembahan ghazal moden menggunakan beberapa alat muzik seperti violin, flute, double bass, dan keyboard. Kumpulan besar juga dibentuk untuk menjadi satu pancaragam. Ghazal salah satu lagi muzik tradisional di Malaysia. Nilai muzik ini akan terus dihargai dan tidak hanyut ditelan zaman. 

Secara keseluruhannya, saya memahami konten dalam pembentangan tersebut. Walau bagaimanapun, adalah lebih baik jika lebih banyak fakta dan bahan dari sumber yang tertentu untuk memantapkan lagi pemahaman audiens. Tahniah untuk kumpulan ini. Sekian.



Pembentangan kedua ialah Opera Cina dan Poh Te Hi. Secara peribadi, saya kurang memahami isi atau konten dalam pembentangan ini secara keseluruhannya. Ini mungkin disebabkan oleh bahan yang kurang dan persediaan ahli kumpulan tersebut tidak memuaskan. Walau bagaimanapun, ada beberapa fakta yang sempat saya catatkan iaitu, bahagian yang paling penting dalam opera cina ialah terletak pada dialog berirama. Tahniah juga buat kumpulan ini dan semoga berjaya untuk pembentangan yang seterusnya.

Sekian.

2 comments:

SMP2252 FarHana on September 24, 2010 at 6:27 PM said...

refleksi yang menarik....

Virgil Wickham on February 2, 2020 at 12:52 AM said...

Are Blockchain users and facing troubles to allow new users registrations exchange service? Willing to have the helping platform to overcome such a concern issues? If yes, then call us dialing our Blockchain support phone number that is available online. The functionalities of hi-tech products may become compromised at anytime so it is necessary for users to be aware of taking the initiatives in substantial way. With quality solutions at hand you will be able to resolve a ra006Ege of problems related to Blockchain. The lack of proper idea in this concern is not a big deal if users are cautious of assembling the required information then they may quickly do it. https://www.psnblockchain.com/

https://mywallet.cwspn.info/2020/02/is-blockchain-allow-new-users.html

Post a Comment

 

Blog Pelajar KumpA

Blog Pelajar KumpB

Blog Pelajar KumpC

SMP2252 JUSTERSAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template