Saturday, October 2, 2010

JURNAL REFLEKSI MINGGU KE-10

Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.

Sedar tak sedar, kuliah Muzik Tradisional Malaysia sudah masuk minggu yang ke-10. Perjumpaan kali ini menampilkan pembentangan dua kumpulan iaitu Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.

Sesi pertama diambil alih oleh kumpulan saya sendiri iaitu sebanyak 4 orang ahli, Justersan Jalunah, Garry Mudin, Sumiran Bin Mohd Salleh, dan Abd. Qayyum Abd. Karim. Di sini saya akan menerangkan serba ringkas tentang Muzik Klasik India. Muzik Klasik India terbahagi kepada dua iaitu, Utara India (Hindustani), yang mana mendapat pengaruh dari Islam, Persia, Turki, dan Afghanistan. Ia telah membawa kepada perkembangan muzik dan kemunculan alat muzik baharu. Manakala Selatan India pula (Karnatak), pengaruhnya lebih di kawasan luar bandar dan menyebabkan kawasan ini masih mengekalkan gaya seta ciri-ciri asli. Muzik India merupakan satu muzik yang tertua di dunia. Muzik ini berasaskan kepada zikir dan ratib (keagamaan), muzik kuil dan muzik rakyat. Contohnya, Zikir Rig Veda yang berumur 3000 tahun. Muzik Klasik India berkonsepkan melodi dan irama yang berbeza dengan muzik barat (Harmoni dan Counterpoint). Skala Muzik India berbeza dengan Muzik Barat. Terdapat interval yang lebih kecil dari semitone yang dikenali sebagai 'surti' (microtone). Penerangan ini adalah secara ringkas tentang Muzik Klasik India. Untuk keterangan yang lebih jelas dan terperinci, anda dialu-alukan untuk melayari laman blog kumpulan di http://smp2252muziklasikindia.blogspot.com Rakan-rakan seperjuangan juga dialu-alukan untuk memberi sebarang komen berkenaan konten dalam blog tersebut. Terima kasih kepada rakan kumpulan Muzik India atas sumbangan dan komitmen saudara sekalian dalam menjayakan tugasan ini. Selamat berkongsi ilmu. Sekian.

Sesi kedua pula giliran Muzik Orang Asli yang disertai oleh tiga orang ahli kumpulan iaitu, Saudara Afzan, Saudara Juan Prima, dan Saudara Fariq. Dalam pembentangan tersebut, saya dapati mereka menerangkan tentang jenis-jenis kaum orang asli di Malaysia termasuklah alat-alat muzik yang digunakan dan cara ia dimainkan. Berdasarkan pembentangan kumpulan ini, masyarakat orang asli di Malaysia dapat dipecahkan kepada 3 iaitu, Negrito, Senoi, dan Melayu Proto. Ketiga-tiga pecahan tersebut mempunyai alat muzik yang tersendiri. Antara alat Muzik Orang Asli di Malaysia termasuklah genggong, ginggong, gitar kayu, kreb/kereb, keranting, rebak/rebab, centong buluh, biola, gong, kayu tuntung, rebana dan gendang semarang, tambur/pemukul, pensol/seruling hidung, dan seruling/penyong/scoi. Saya tertarik dengan satu alat muzik orang asli tadi iaitu seruling hidung. Bagi saya, ia sangat unik dan mempunyai nilai tersendiri bagi masyarakat orang asli di Malaysia. Seruling hidung tadi dimainkan dengan menyumbat sebelah hidung pemain dengan daun atau secebis kain, manakala hidung sebelah pula akan meniup pensol. Walau bagaimana pun, kumpulan ini tidak memaparkan video tentang cara ia dimainkan. Namun, isi yang disampaikan adalah fakta dan mudah untuk difahami. Audiens juga tertarik berdasarkan maklum balas melalui soalan yang diajukan. Syabas dan tahniah bagi kumpulan ini kerana berjaya memgupas tentang muzik orang asli di Malaysia. Sekian.

0 comments:

Post a Comment

 

Blog Pelajar KumpA

Blog Pelajar KumpB

Blog Pelajar KumpC

SMP2252 JUSTERSAN Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template