Selamat sejahtera dan salam 1 Malaysia.
Sedar tak sedar, kita sudah berada di minggu yang terakhir kuliah SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Terlebih dahulu saya secara peribadi mengucapkan sekalung penghargaan kepada pensyarah subjek SMP2252 iaitu En. Amran atas segala tunjuk ajar dan bimbingan beliau selama 14 minggu yang sudah berlalu. Kalau bukan dengan bimbingan beliau, mungkin sukar bagi semua pelajar untuk memahami apatah lagi mengaplikasikan segala ilmu tersebut dalam kehidupan seharian. Sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih. Tidak lupa juga kepada semua rakan seperjuangan, segala kerjasama dan komitmen ada selama kuliah berjalan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Segala aktiviti yang dijalankan tidak akan berjalan lancar kalau bukan kerjasama anda sekalian.
Berbalik kepada kandungan jurnal refleksi kali ini, pelajar telah diarahkan untuk menyiapkan satu kandungan jurnal yang berbentuk menyeluruh dan kritikan. Secara peribadi, saya ingin menyatakan bahawa kaedah pembelajaran melalui blog seperti ini adalah berjaya. Tahniah kepada En. Amran atas idea sedemikian rupa yang berjaya memudah cara pelajar untuk mengakses, menyiap dan menghantar tugasan secara elektronik atau ‘online’. Banyak ilmu yang sudah saya peroleh selama kuliah 14 minggu. Antaranya termasuklah cara-cara menyiapkan satu blog secara asasnya serta pengisian dalam blog itu sendiri. Ini merupakan satu lagi kemahiran yang telah dipelajari sepanjang kuliah tersebut yang mana penting untuk diaplikasikan dalam alam pekerjaan kelak. Banyak kelebihan pembelajaran menerusi blog dan hasilnya sudah kita peroleh. Namun, secara teknikalnya ada dikalangan pelajar yang sukar untuk mendapatkan talian internet bagi menyiapkan jurnal refleksi dan sebagainya. Walau bagaimanapun, ia bukanlah suatu yang boleh dijadikan alasan oleh pelajar, tambahan pula tempoh seminggu sudah cukup memadai untuk menyiapkan satu tugasan.
Melihat kepada kandungan kursus pula, didapati bahawa ia sangat bersesuaian dengan SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia. Kandungan kursus termasuklah menghadiri kuliah selama 14 minggu, pelajar dikehendaki menpunyai satu blog individu, setiap minggu setelah kuliah selesai pelajar hendaklah menyiapkan satu jurnal refleksi menerusi blog tadi, untuk tugasan kumpulan pelajar perlu menyiapkan satu lagi blog kumpulan, pembentangan kumpulan pula akan berlangsung setiap minggu kuliah, dan digalakkan ada kerja lapangan untuk setiap kumpulan tersebut. Pengisian seperti ini amat sesuai untuk pelajar mendalami sendiri muzik tradisional di Malaysia khasnya.
Dengan kaedah tersebut akan mendidik pelajar SMP2252 untuk melahirkan idea-idea bernas menerusi kemahiran berfikir. Pada pendapat saya, kaedah pensyarah En. Amran adalah berjaya memupuk satu kemahiran berfikir di kalangan pelajar SMP2252. Dengan kerja lapangan kumpulan tadi, satu idea baharu akan tercetus yang lebih menjurus kepada bidang muzik tradisional di Malaysia. Selain itu, dengan adanya pembelajaran menerusi blog, pelajar boleh melontarkan pendapat serta komen kepada blog individu dan kumpulan. Oleh yang demikian, satu bentuk interaksi dan pertukaran pandangan akan berlaku dangan idea-idea baharu berkenaan muzik itu sendiri.
Pendekatan pensyarah juga amat sesuai iaitu membentuk satu kuliah yang lebih kepada perbincangan. Pendekatan seperti ini melahirkan pelajar yang berani untuk melontarkan pandangan serta persoalan yang perlu dijawab oleh individu lain. Sebagai contoh, pembentangan kumpulan telah membentuk satu suasana kelas yang lebih terbuka berkongsi pandangan termasuk menjawap persoalan oleh pelajar lain. Oleh yang demikian ia sememangnya telah melahirkan interaksi sesama pelajar.
Pembentangan kumpulan secara keseluruhannya adalah berjaya. Pelajar SMP2252 telah mempamerkan usaha untuk menyiapkan kerja lapangan termasuklah blog kumpulan itu sendiri. Pada pendapat saya, pelajar telah memahami setiap isi pembentangan dan sesi soal jawab berlangsung dengan jayanya. Menunjukkan pengusaan pelajar tentang sesuatu topik itu serta komitmen secara individu.
Dapat disimpulkan, sepanjang 14 minggu pelajar SMP2252 suda berjaya mempelajari sebanyak 14 tajuk dalam muzik tradisional Malaysia. Antaranya termasuklah cara membangunkan weblog untuk kegunaan kuliah SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia, Soundsacpes, cirri-ciri Muzik Tradisional Malaysia, Wayang Kulit, Gamelan dan Caklempong, Makyung, Menora, muzik klasik India, Nobat, Boria, Gendang 24 musim, dan Tarian Singa. Di ruangan ini saya ingin menyatakan beberapa cadangan. Pada pendapat saya, ada baiknya jika pelajar SMP2252 didedahkan terus kepada jenis muzik tradisional yang telah dikuliahkan. Mungkin dengan demonstrasi secara terus membuatkan pelajar lebih memahami input yang ingin disampaikan. Contohnya, tajuk gamelan dan caklempong. Pendedahan adalah kurang dan mungkin pelajar yang tidak mempunyai asas muzik tidak mengetahui cara alat muzik tersebut dimainkan. Perkara tersebut mungkin perlu diambil perhatian untuk masa akan datang.
Akhir sekali, dalam ruangan ini sekalung penghargaan dan ribuan terima kasih sekali lagi ditujukan kepada pensyarah SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia, En. Amran. Komitmen beliau untuk subjek ini adalah berjaya dengan kaedah pengajaran yang sesuai bagi kefahaman pelajar untuk sesuatu topik itu. Segala tunjuk ajar Eucik kepada kami tidak akan pernah dilupakan. Tidak lupa juga kepada semua rakan seperjuangan atas kerjasama anda sepanjang minggu kuliah berjalan. Selamat menghadapi peperiksaan terakhir untuk subjek SMP2252. Segala salah silap berbentuk kata-kata mahupun tindakan harap dimaafkan.
Sekian dan moga berjumpa lagi.
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
14 years ago
3 comments:
Defying sign up the error in Binance? Are you unable to perform a Binance account? If yes, take productive assistance from the well-versed professionals by making a call on Binance contact number 800-665-6722 which works around the year. The agile and adaptable executives are skilled and assist in the right direction that provides latest answers and improvement steps to reduce the error.The executives are working throughout the 365 days and make sure users don’t face any error while performing the resolutions provided by them. https://www.cryptophonesupport.com/exchange/binance/
Are you dealing with Binance Connectivity issues in your Binance account? Is this error irritating you and also hampering your work at the same time? If yes is an answer to both the statements, you can always look for a way to end all this. The best to delete all errors by speaking to the professionals who are there Binance Customer Service Number to support you. You can call on Binance customer service number which is all the time active and users can knock the doors of the team to avail solutions that are accessible and easy to execute both by newcomers and experienced traders.
Hacking attempts are surely a big nightmares for traders who have funds and confidential information stored in their Blockchain and . Though Blockchain customer service number provides endless security measures such as 2fa but still hackers due to advanced methods attack users account and steal information. If you don’t know Blockchain Customer Service Number how to deal with all kind of troubles and need support from the experts, you have come to the right place. You can always call on Blockchain phone number which is functional and the team is ready to support you at any time. The team is always at your premises to help you out the moment you contact them.
Post a Comment